Sunday, June 2, 2013

Hati oH hAti.......




Assalamualaikum.....

@ haTi oh hati tajuk luahan perasaan untuk hari ni......

## pape pon nak wish congrate kepada pasangan yg berkahwin mahupun melangsungkan pertunagan pada hari ini ##

mesti sume nak tahu apa definisi HATI yg sebenarnya kan....??

Dari sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Di dalam diri manusia ada seketul daging, 

jikalau daging itu baik, maka baiklah seluruh 

anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu 

rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu 

akan rosak itulah hati”


Namun apa yg dikesali masih lagi terdapat segelintir insan yg tidak menggunakan hati dengan sebaik2nya...apa guna hati jika merasa iri hati terhadap orang lain....apa guna hati jika masih lagi mencari kesalahan orang lain...dan paling penting apa guna ada hati jika hidup dipenuhi dendam terhadap orang......

sifat-sifat yang terpuji itu datangnya dari hati yang baik. Kalau sifat ini 

baik, maka seluruh anggota kita seperti mata kita akan memandang 

perkara-perkara yang dibenarkan syariat, lidah kita akan memperkatakan

sesuatu yang hak dan seumpamanya.


Sebaliknya, kalau hati itu jahat, maka hati itu

akan membawa dan menghala anggota lahir 

kepada kejahatan. Dan setiap kejahatan itu 

adalah dimurkai oleh Allah s.w.t.


Hati yang baik itu tertanam dengan sifat-sifat Mahmudah dan hati yang baik itu

dikatakan pintu-pintu yang terbuka untuk ke syurga. Ini adalah kerana dari hati yang 

baik, akan mendorong manusia itu membuat perkara yang baik-baik. Maka seluruh 

anggota lahir manusia itu akan membuat baik sama ada kebaikan yang dilakukan itu

ada hubungan dengan Allah s.w.t atau kebakan itu ada hubungan dengan manusia.


Setiap kebaikan dua hubungan ini,

Allah sw.t akan membalasnya 

dengan nikmat syurga di akhirat 

kelak. Mereka akan mengecap nikmat

syurga yang banyak. 


### HIASI PERIBADI ###



Wallahu a’lam.















No comments:

Post a Comment